September 12, 2017

Lari lah Wahai Anakku

 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
Wahai Anakku
Larilah sayang daripada hinaan dan kutukan orang
Janganlah sayang bersengkokol dengan manusia yang sering menyalahkanmu
Dikalamu sedih, ingatlah Allah s.w.t sentiasa merindui dengan rintihan dan doamu
Jauh mana pun sayang berlari, jangan sesekali malu untuk mengangkat tanganmu kepadaNya
 
 
Wahai Anakku
Jangan sayang mudah lupa apa yang diajar dan dinasihati
Kelak takut sayang akan merana nanti
Tutur kata sopan pekerti haruslah dipelajari
Moga hidup mu akan diberkati
 
 
Wahai Anakku
Bukan mudah untuk memuaskan hati MANUSIA
Nampak saja nyata tapi banyak yang tersirat
Mohon lah dikau padaNya
Kerana DIA lebih mengetahui yang mana Baik dan Buruk padamu.
 
 
 
 
 
 

 
 

Zoo Negara Tahun 2017

      Assalamualaikum w.b.t     Alhamdulilah, segala puji Allah s.w.t yang mencipta sekeliling alam. Niat nak update blog ari...