January 23, 2017

My Little Brother Wedding


Assalamualaikum w.b.t
Nak sharing cerita majlis perkahwinan adik lelaki i disebelah pengantin perempuan pada 25 Disember 2016 bersekali dengan majlis akad nikah adik di Dewan Astana, Paya Jaras. Majlis yang cukup meriah dan kami sekuarga ingin mengucapkan terima kasih disebelah pihak pengantin perempuan yang tak jemu-jemu melayan karenah pihak kami dengan cukup terbaik. Dengan sekali akad, adik laki i dah pun selamat dijabkabulkan dan sekaligus merangkul jawatan SUAMI. Alhamdulilah majlis perkahwinan adik berjalan dengan lancar.






Hokey tema pakaian kami untuk majlis perkahwinan adik i adalah warna hijau/biru turqoise iaitu berkonsepkan songket dan batik. Kebetulan masa majlis tue warna pakaian i dengan husband sama dengan kuarga pihak pengantin perempuan..hehehehe

















Pakaian anak2 memang i tempah buat design baju kurung kebaya dan sampin berlatarkan kain songket. Untuk pakaian i pula semestinya batik [sekarang peminat batik tegar]. Kalo tanya pakaian husband i pula sewajibnya berkonsepkan baju melayu style pemakaian Sultan Johor [suar hitam jenama Dockers, baju melayu johor dan sampin]. 




















Asyik sibuk cerita pasal pakaian kami sebagai rombongan pengantin lelaki, tengok plak tema pakaian bagi pengantin lelaki [adik lelaki i] dan pengantin perempuan yang bertemakan kaler ungu. Serius, memang cantik dari segi deco pelamin, meja makan diaorang bersiap dengan ada band ghazal lagi [tak sempat nak amik gambar]. Makanan memang sangat puas hati dan sedap.























Kalo kowang tanya majlis di rumah pengantin lelaki bila, kami masih terpaksa tunda daripada 31 Disember 2016 kepada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian disebabkan faktor kesihatan ibu bapa i yang tak mengizinkan. Mungkin juga kami akan adakan majlis menyambut tetamu sahaja secara kecil-kecilan. Sekali lagi tahniah dan selamat pengantin baru kepada Muhammad Za'im dengan pasangannya Syahirah [skang honeymoon di Krabi, Thailand]. Semoga perkahwinan yang dibina ini kekal bahagia ke jannah. Aamiin Ya Rabbal Alamin.