October 30, 2017

Hari Keluarga KDN 2017

 
 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
 
 
Ada semangat sikit nak update cite arini.
Bila ada masa kena terus tulis blog.
Kalo tak berbulan-bulan punya cite baru tulis.
Dah nak basi..mehehehe
Semalam event Hari Keluarga KDN 2017 en suami tercinta.
Lokasi bertempat di Maktab Penjara Kajang dan perasmian oleh Menteri KDN merangkap TPM kita.
Tema rumah kali ini sama cam 2 tahun lepas iaitu rumah MERAH a.k.a rumah TUAH.
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
So macam biasa anak beranak mesti pakat-pakat pkai baju kaler merah.
Anak-anak i ada siap tema special sikit, tema merah Minnie dan Mickey Mouse.
Kalo dah nama pun Hari Keluarga mesti ada cabutan bertuah.
Hadiah utama merupakan sebuah kereta Myvi. Sapa la yang bertuah yang dapat.
 
 






 
 

 
Owh ye, cabutan bertuah ini ditutup pada pukul 8.30 pagi. So kebetulan kami memang sampai awal cuma kami terpaksa parking jauh disebabkan ruang parking yang penuh dan ramai maka dihujung dunia jugaklah kami terpaksa parking. Itu sahaja pilihan yang hado. Nak tak nak terpaksa la menapak jauh.
 
 
Waktu nak serahkan nombor cabutan bertuah kami, staff kat pendaftaran kata dah tutup. Jadi I explain la yang kami nie sampai awal tapi terpaksa parking jauh dan berjalan jauh sikit. Kebetulan jam ketika itu baru 8.32 pagi (hanya lewat 2 minit sahaja).
 
 
Nasib baik la akak staff kat situ terima bila dah mendengar i explain panjang lebar. Jangan tanya suami den, kalo orang dah kata tutup die hangguk kan jer (tue la beza I dengan en suami – balance type).
 











 
Dah sampai, sarapan pagi pula kena beratur sebab ada kanopi roti canai dari ALI MAJU. Sebelum tue staff yang bertugas ada kasi beg goodies. Dalam beg goodies tue ada kek muffin, botol mineral kecil, roti krim gardenier, buah dan air kotak.
 
 
 
 

 


Jadinya takde la kebuluran sangat sebelum menunggu beratur panjang amik roti canai. Berpeluh-peluh la menunggunya dengan panas teriknya. Selain itu, ada mihun dan popia basah tapi limited, so sapa cepat die dapat.
 
 



 
 
Dalam tengah ari punya menu ada nasi biryani ayam sambal (bungkus) dengan cendol. Memang sedap!.
 
 
 





 


Tak lupa juga ada persembahan daripada artis Nash dan Hattan. Tapi acara yang paling I tunggu-tunggukan ialah permainan Tarik tali daripada rumah Lekir dengan rumah kuning (tak hinggat nama rumah pe).
 






 
 
 
Agak-agak sebelum acara nak abis, kami decide pulang sebab nak kena cari baju kurung akak umairah untuk konvokesyen pada 5 November 2017 (ahad) nanti.

October 25, 2017

Harga Diri Wanita

 
 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
 
 
Jangan cuba menjentik hati
Rebah diri tiada yg tau
Gugup kelu lidah tak terperi
Inikan pula jantung mula terhenti
 
Harga diri wanita
Mahal tak pernah ternilai
Karena ia emas dalam bumi
Yang selalu menyinarkan cahaya silau.

Dia adalah mahluk
Paling di hargai di bumi
Hatinya terbuat dari kapas yang alus dan lembut.

Tetapi hanya tetap berharga,
Ketika ia menjaga mahkota
mahkota yang di miliki.
Dari pandangan lelaki lain
dengan memakai gembok yang bagus dan buang 'kuncinya'.

Tetap harus di hargai,
Ketika seorang wanita
Hatinya lembut dan halus
Tidak keluar kata kata kotor
Menjaga mulutnya seperti air
Bersih mengalir terus di sungai...

Dan saatnya nanti
Seorang dewi penghias kehidupan
Itu meninggal dunia?
Harganya akan tetap tinggi di mata Ilahi...!
 
 
 
 
 
 
 
#hatiini
#hargadiri
#copypaste
#jiwamurni

October 6, 2017

Celebrate My Birthday 2017

 
 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
08 September sudah berlalu,
 Terasa sedih dan pilu,
Usia meningkat bertalu-talu,
Apa nak dibuat kalo 'MASA' dah setuju.
 
 
Pejam celik pejam celik,
Rambut putih tumbuh di kepala,
Tiada yang ajaib tiada yang pelik,
Itulah tanda saya dah tua.
 
 
Tiada apa yang special sangat,
Cuma terasa sedikit ralat,
Birthday kita orang ingat,
Birthday orang kita tak ingat.
 
 
SMS masuk bertubi-tubi,
Ramai yang bagi salam ucapan,
Di Facebook wall pun ada banyak lagi,
Terima kasih saya ucapkan.
Keje pun banyak tak siap lagi,
Eloklah saya mengundur diri,
Terima kasih daun keladi, 
 
 
 

October 2, 2017

First Raya Qurban In Malacca 2017

 
 
 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
Alhamdulilah..syukran masih diberi peluang untuk bernafas, diberi kesihatan, umur yang panjang dan semoga semua urusan yang ingin dilakukan pada hari ini dipermudahkan hendakNYA..Insyaallah.
 
 
Berat sungguh hati dan sayu menyambut hari raya korban tanpa ibu yang tersayang (26062017 - kini). Kalo sambut raya korban mesti arwah mama akan buat korban di kampung. Tapi kali ini semua penama korban dah penuh maka jawabnya kita buat korban melalui online jela. Moga-moga amalan jariah kita diterima oleh Allah s.w.t.
 
 
So untuk pertama kali jua, en suami sembahyang Aidil Adha di Melaka. Ikutkan nak ikut en suami bersama anak-anak sekali bersembahyang hari raya aidiladha di masjid, tapi bila tengok umairah, uwais dan uqayla masih lagi tido maka niat nak bersolat aidil adha berjemaah di masjid Melaka tak berkesampaian. Maka solat sahaja la ibunya di hotel.
 
 
Owh yer..majority muslim yang menginap hotel sama dengan kami semua nya berpakaian baju melayu sedondon dengan anak-anak. Meriah jugak. Memang tahun ini sambut aidil adha lain dari yang lain. Kalo dlu sambut raya aidil adha mesti di Negeri Sembilan, and kalo tak di Segamat, Johor (parent in law) untuk sambut raya disana.
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
So aktiviti kami macam biasa pergi pantai bawa anak-anak berjalan dan main air. Tengok pemandangan dan pergi ke A'Famosa, kejap jalan-jalan tangkap gambar, sebab masa tue pun cuaca tak mengizinkan (hujan lebat). Jadinya pergi mana yang sempat aja.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 






 
 
 
 
 
 
Last minute punya booking..gara-gara anak-anak nak pergi berjalan-jalan...THE EMPERIAL HERITAGE HOTEL. Best yer depan hotel dah Dataran Pahlawan..terus masuk pintu then kowang lei shopping sakan.
 
 
 
 
 





 


Lepas menunggu en suami selesai solat aidil adha, terus kami jalan kaki pergi ke A'Famosa. So tak payah kowang susah-susah nak naik kete dan cari parking. Itu yang istimewanya kalo stay kat hotel ini. Nak cari tempat makan pun senang sbb betul-betul tengah Bandar.












 
 
 
 
 
 
Oleh kerana sambutan raya aidiladha ini jatuh pada hari yang mulia iaitu hari jumaat, maka en suami wajiblah sembahyang jumaat di masjid jamek, Melaka (kebetulan masjid nie dekat).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 




 
 
 
 
 
 
 
 
 Bersiar-siar dipantai sambil berposing ala-ala model.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 









 
 
 
 
 
 
p/s: Next trip dah rancang nak bawak anak-anak pergi ke Ipoh pulak. Tunggu yer citer next trip family kami di sana.
 

Trip Big Island, Johor 2017

  Assalamualaikum w.b.t   Semoga Allah s.w.t merahmati anda semua. Ramai yang tanya ‘bila ko nak update cite ko...